Kerajaan perlu ambil perhatian serius kepada Isu Syiah di negara Islam nusantara sebelum terlambat
Macammana pihak stesen minyak ingin membezakan pendapatan seseorang?..
Akan wujudkah satu projek untuk orang-orang tertentu membina perisian & juga peralatan yang akan menelan belanja yang lebih besar dari tanggungan subsidi minyak kerajaan???...
Semoga ALLAH akan memberikan bantuan terhadap kemampuan roket HAMAS untuk melakukan serangan balas kepada Israel...amiinn..
Tujuan kami bukan untuk membalas dendam tetapi berjuang untuk mempertahankan diri, negara & agama.
ALLAHUAKBAR! !!!
Fenomena biasa saban tahun, pasti ada yang sudi untuk diiring menaiki kenderaan yang biasanya untuk mereka yanv telah meninggal dunia.
Abg yakin pasti tidak ada lagi orang-orang seperti ini jika hukum hudud dilaksanakan.
Kenapa?, kerana kesedaran Ramadan kepada seluruh umat Islam dinegara ini akan lebih baik dengan hukuman yang lebih berat...
Wallahualam.
Salam Semua,
Pakaian merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui pakaian kita dapat menilai pendirian & sifat seseorang individu.
Pandangan sesetengah orang bahawa tidak ada apa pada pakaian yang penting adalah hati adalah satu pandangan yang hipokrit.
Sifat, keperibadian serta dalaman seseorang individu akan tersurat melalui cara dia berpakaian. Berpakaian sopan akan menunjukkan kesopanan si pemakai, berpakaian menjolok mata adalah melambangkan kemurahan si pemakai.
Berfesyen tidak menjadi satu masalah bagi orang Islam, apa yang penting adalah ianya mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.
Islam menggalakkan kita semua berpakaian bersih, sopan, cantik mengikut kemampuan kita. Tapi sentiasa berpegang kepada pada batas yang telah ditetapkan.
Oleh itu, berhati-hatilah memilih pakaian sebelum dipakai, buat telahan, rujuk kepada para ulama & ustaz sebelum membelinya. Semoga tindakan berhati-hati kita ini akan mendapat keredhaan ALLAH & seterusnya makam yang tertinggi iaitu taqwa...
Wallahualam.
Malam ini abg berpeluang untuk bersembang dengan salah seorang saudara kita dari Yaman, yang mana merupakan salah sebuah negara yang terlibat dengan pergolakan baru2 ini.
Alhamdulillah, dia maklumkan Yaman kini semakin pulih. Golongan Syiah yang berada disana mampu dikekang walaupun undang2 negara mereka tidak memerangi golongan ini secara kekerasan atau senjata.
Golongan laknat itu juga hanya tinggal 1% dari jumlah populasi disana. Oleh yang demikian golongan ini dapat sentiasa dikawal dari melarat.
Abg ada kongsikan kebimbangan abg mengenai gerakan golongan sesat ini yang semakin berleluasa di negara kita, namun perkongsian tersebut memberikan maklum balas yang agak pelik kepada saudara kita itu.
Dia sama sekali tidak menyangka yang fahaman sesat ini mampu menembusi negara seperti Malaysia.
Abg menceritakan padanya tentang fahaman sesat ini yang semakin diterima ramai khususnya golongan profesional yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi.
Dia membalas cerita abg itu dengan mengatakan bahawa pendekatan golongan ini di sekitar tanah Arab amat berbeza. Golongan sasaran mereka adalah golongan miskin & golongan yang terpinggir.
Golongan laknat ini akan memberikan bantuan kewangan melalui badan2 NGO & pada masa yang sama mereka menyesatkan semua yang dibantu oleh mereka.
Pendekatan ini seakan-akan sama dengan proses kritianisasi yang dilakukan oleh orang kristian untuk mengkristiankan orang Islam. Ini menunjukkan jelas adanya persamaan antara mereka.
Mereka menggunakan wang ringgit untuk memancing orang ramai yang mengalami tekanan & desakan dalam meneruskan hidup untuk disesatkan.
Berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia, golongan yang disasarkan adalah golongan profesional yang kekurangan ilmu agama & menjalani hidup yang kosong tanpa pengisian.
Golongan profesional yang dikatakan bijak dalam akademik & bidang masing2 dengan mudah dapat dipengaruhi dengan beberapa hujah & pengisian yang menyeronokkan mereka.
Akhirnya kejahilan & kekosongan ini telah diisi dengan kesesatan. Fahaman syiah ini amat bahaya. Jangan sesekali kita pandang remeh tentang ancamannya.
Ianya lebih teruk dari ancaman orang kafir kerana sekurang-kurangnya kita mampu mengenali & membezakan mereka dengan kita.
Manakala golongan syiah pula adalah gunting dalam lipatan, duri dalam daging buat kita. Mereka ini mungkin dalam jemaah kita atau mungkin se saf malah sebantal dengan kita.
Mereka boleh menyamar atau berpura-pura di kalangan kita tanpa kita kenali diri mereka sebenarnya. Akhirnya apabila mereka semakin kuat mereka akan membunuh kita dengan sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan.
Inilah hakikatnya, bila tiba saat itu, kita mungkin tidak kenal siapa kawan & siapa lawan, mungkin keluarga sendiripun akan menikam kita jika dia di pengaruhi fahaman sesat ini.
Marilah kita Perangi syiah habis - habisan sebelum terlambat. Saudara kita tadi juga berpesan demikian. Jangan biarkan golongan sesat ini berleluasa kerana pasti negara akan kucar-kacir & porak-peranda.
Wallahualam. ..
Sempena musim cuti sekolah ini, abg yakin ramai yang telah merancang untuk membawa ahli keluarga untuk bersiar-siar sambil bercuti ditempat-tempat menarik. Kemana pun destinasi yang kita rancang & bakal kita tujui. Mulakan dengan persediaan yang terbaik.
Pastikan segala keperluan dibawa bersama. Elakkan penyediaan keperluan disaat-saat akhir.
Apa yang paling penting sekali adalah langkah-langkah keselamatan samaada keselamatan dalam perjalanan ataupun keselamatan harta benda yang kita tinggalkan sementara itu.
Seperti biasa maklumkan kepada jiran anda tentang ketiadaan anda nanti. Minta jasa baik jiran untuk sama-sama menjaga keselamatan rumah kita.
Manakala untuk keselamatan semasa perjalanan pula pastikan kenderaan yang akan kita naiki diperiksa & diselenggarakan serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
Dapatkan rehat yang secukupnya demi untuk memastikan kita dapat memandu kenderaan dengan baik & segar.
Apa yang paling penting, sebelum memulakan perjalanan nanti jangan lupa berdoa supaya perjalanan anda sentiasa mendapat rahmat & perlindungan ALLAH. .. amiinn. .
Abg doakan agar anda semua sentiasa bergembira bersama keluarga & sentiasa dilindungi ALLAH selalu.... amiinn.
Kenali & Cintai Rasulullah S.A.W
Salam Semua,
Terdetik dihati abg, bukannya hilang keyakinan tetapi demi agama & negara terasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan DAP dalam PR.
Kebangkitan sokongan terhadap DAP perlu disangsi kerana ianya adalah seperti satu gerakan rahsia yang tiba-tiba meletuskan satu fenomena yang mengancam.
Untuk mengenal kawan & lawan, kita perlu mengkaji & merujuk kepada latar belakang serta sejarah lampau mereka.
Ternyata dengan latar belakang kepimpinan & keperibadian mereka yang lalu kita mampu menilai sekurang-kurangnya serba sedikit tentang mereka. Jika orang yang dinilai telah berubah sekalipun kita masih mampu membuat pemerhatian untuk melihat kejujurannya untuk berubah.
Keadaan kita semakin membimbangkan. Senang bagi kita mengenal & memerangi musuh yang terang-terangan mengaku dia adalah musuh tetapi berdepan dengan musuh dalam selimut boleh menyebabkan kita tidak dapat tidur lena.
Alangkah indahnya jika baginda Rasulullah S.A.W masih bersama kita ketika ini. Tidak perlulah kita risau siapa kawan & siapa lawan kerana baginda mampu mengetahuinya melalui wahyu ALLAH. Tapi jelas ianya mustahil.
Ya ALLAH, kau berikanlah petunjuk kepada kami dalam mengenal & menilai kawan & lawan sebelum terlambat supaya kami kenal mereka sebenarnya. Dedahkanlah jika disekitar kami itu adalah musuh supaya kami tidak terlambat. ...amiinn
Wallahualam. ..
Salam Semua Saudara SeislamKu,
Abg menyeru kepada semua yang mengaku Islam & mencintai ALLAH & Rasulullah S.A.W., ambillah masa anda untuk menonton & mendengar rantaian video yang abg sertakan dibawah.
Ianya tentang apa yang amat kita bimbangi iaitu proses memurtadkan orang Islam yang sedang giat dilakukan tanpa kita sedari.
Jangan lagi kita lena & leka dari mimpi indah, sebelum terlambat…
Untuk makluman, abg sendiri pernah menerima VCD video ini dari seorang teman lebih dari 5 tahun yang lepas.
-- Jumlah Video 1 hingga 6 --
Salam Semua, semoga anda semua berada didalam lindungan & rahmat ALLAH...amiinn.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH diatas kasih sayangNYA, kita dikurniakan kesihatan & kekuatan utk memartabatkan Islam dinegara kita yang tercinta ini.
Marilah kita sama2 menggunakan kuasa undi kita dengan sebaik mungkin bagi memastikan Islam sentiada diatas & sentiasa menjadi rujukan dalam pentadbiran negara.
Ingatlah bahawa ucapkanlah Bismillah & mohon petunjuk dari ALLAH serta memohon kepadaNYA untuk kemenangan perjuangan Islam.
InsyaALLAH pasti ada perubahan malam ini. Auranya amat hebat...
Takbir. ..ALLAHUAKBAR. ...
Ramai diantara kita yang suka mengambil jalan & cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah, terutama sekali perkara berkenaan sihir & bomoh.
Setiap kali apabila diuji dengan masalah kesihatan yang berpanjangan pasti kita akan menyangka kita telah terkena buatan orang.
Tidak ada salahnya prasangka begini kerana tafsiran kita berdasarkan pengalaman & pengetahuan.
Namun yang menjadi masalahnya adalah apabila tafsiran ini tercetus maka tempat rujukannya pastilah golongan bomoh atau dukun.
Sememangnya tidak semua bomoh menggunakan jin & syaitan dalam perubatan mereka tetapi kebanyakkannya menggunakan khidmat makhluk halus.
Perbuatan sebeginilah yang boleh menjuruskan kita ke lembah syirik. Wanauzubillah.
Oleh itu marilah kita mencari & menggunakan pendekatan Islam mengatasi masalah sihir.
Untuk alangkah pertama mengesan kemunculan sihir didalam diri kita & keluarga, pasangkan kaset atau mp3 Al-Quran didalam rumah selama 3 hari berturut-turut.
Jika dalam tempoh tersebut masih tidak ada apa 2 perubahan pada pesakit ini bermakna tidak ada unsur sihir yang telah menjejaskan kesihatan.
Ambillah tindakan secara Islam terlebih dahulu dalam menanggani apa jua masalah, nescaya pasti ada jalannya & pasti dipermudahkan ALLAH...amiinn.
Sekian, Wallahualam.
Keputusan pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk mengharamkan atau menyekat perlaksanaan AES dinegeri Selangor amat wajar diberi pujian.
Inilah sebenarnya tanda sebenar keprihatinan sesebuah kerajaan terhadap nasib rakyat.
Inilah baru dikatakan rakyat didahulukan. Kerajaan Selangor mengambil kira beban & kesengsaraan rakyat dengan perlaksanaan system AES yang hanya bermotifkan keuntungan pihak yang tamak semata-mata.
Jelas sekali, AES sebenarnya bukanlah satu cara yang berkesan untuk mendidik rakyat semasa dijalan raya tetapi ianya hanyalah bertujuan menindas rakyat yang rata-ratanya pasti akan terperangkap dengan masalah kewangan dengan perlaksanaan system ini.
Meminjam nama atas dasar "mendidik rakyat" langsung tak relevan. Mendidik tidak perlu membebankan rakyat. Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk mendidik rakyat.
Buktikan dari pelaburan kerajaan berbillion & bertrillion ringgit selama lebih 50 tahun memerintah, dimana kebijaksaan, fikirkan cara lain yang tidak langsung membebankan rakyat.
Kami rakyat Selangor akan terus menyokong Kerajaan Selangor yang prihatin.
Sekian, Wassalam.